23 Sep 2010

Pengumuman : Program Satu Negeri Satu Sungai- Jambori River Ranger Peringkat Kebangsaan

Adalah dimaklumkan Program Satu Negeri Satu Sungai akan diadakan pada tarikh dan masa berikut:-


Tajuk : Jambori River Ranger Peringkat Kebangsaan
Tarikh: 29 hingga 31 Oktober 2010
Lokasi : Dataran Rizab Sungai Galing, Kuantan, Pahang

Objektif:-
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian pengalaman dikalangan ahli River Ranger seluruh Malaysia
  • Memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tambahan kepada ahli
  • Memberi pengiktirafan /anugerah kepada pasukan River Ranger terbaik di Malaysia

Pasukan River Ranger Perak akan dipilih oleh Bahagian Sungai JPS Negeri Perak untuk menghadiri program tersebut. Pasukan terbabit akan dicalonkan berdasarkan tindakan aktif melaksanakan program tersebut di sekolah masing-masing.

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1 :-

  • Pembangunan dan Penyediaan Bahan Pameran Negeri
  • Pameran Maskot River Ranger Negeri

Aktiviti 2 :-

  • Bengkel Pelestarian Sungai Semulajadi
  • Penghasilan Habitat Sungai
  • Seni Hiasan Taman Tumbuhan Akuatik
  • Penghasilan Tapak Pemantau Secara Biologi

Aktiviti 3 :-

  • Larian Sungai/River Hunt
  • Rafting

Aktiviti 4 :-

  • Inisiatif Sekolah River Ranger Terbaik
  • Persembahan Kumpulan Pelajar-Nyayian/Lakonan/Pentomen/Sajak

Aktiviti 5:-

  • Pemetaan & Audit Sungai
  • Inisiatif Air

Peralatan Yang Perlu Disediakan Oleh JPS Negeri:-

  1. Kenderaan- 2 buah
  2. Maskot RIVER RANGER
  3. Bahan Pameran-Poster/Gambar dsb

Peralatan Yang Perlu Disediakan Oleh Peserta:-

  1. Pakaian Sukan/Trek Bottom - 3 Helai
  2. T-Shirt untuk 3 hari
  3. Kasut Sukan/Selipar
  4. Tuala/Berus Gigi/Ubat gigi/ Sabun Mandi
  5. Baju Hujan
  6. Sejadah/Telekung/Kain Pelikat (Muslim sahaja)
  7. Pakaian Tidur
  8. Bantal dan selimut
  9. Lampu Suluh

JPS Negeri Perak akan menyediakan peralan berikut:

  1. Peti Pertolongan Cemas
  2. Krim Nyamuk
  3. Lampu Suluh
  4. Sleeping Bag

Semua peserta yang dicalonkan hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan terdiri daripada pelajar tingkatan 2 atau 4 beserta seorang guru pengiring.

Sekian dimaklumkan

Tiada ulasan: