19 Sep 2011

Majlis Penyerahan Bahan Meja di SMK Raja Shahriman, Beruas




Pada 9 Ogos 2011, satu majlis penyerahan bahan meja kepada River Ranger SMK Raja Shahriman telah berlansung. Bahan tersebut telah diserahkan oleh pegawai JPS Ipoh Encik Mohammad Razib b Mohammad Razlan dan pegawai JPS Manjung Encik Mohammad Aminuddin b Mohammad Tajuddin.
Bahan meja tersebut digunakan sebagai salah satu alat sebaran maklumat berbentuk interaktif yang terdiri daripada tiga jenis permainan. dengan adanaya bahan tersebut, diharapkan agar para pelajar dapat mengenali sungai dengan lebih dekat di samping menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar serta warga sekolah.

15 Jun 2011

Program Bioindicator SMK Dr. Burhanudin Helmi, Taiping.



Pada hari Selasa bertarikh 14 Jun 2011 S.M.K Dr. Burhanudin Helmi, Taiping, Perak telah menganjurkan Program Bioindicator bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan JPS Daerah Taiping dibawah Program River Ranger di Sungai Batu Tugoh, Taiping.

Program ini melibatkan pelajar Tingkatan Enam SMK Dr. Burhanudin Helmi, Taiping seramai 82 orang murid dan disertai oleh 8 orang guru pengiring serta pegawai-pegawai dari JPS. Hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 8 kumpulan mendapati air Sungai Batu Tugoh pada Gred B iaitu Bersih. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai.























28 Mei 2011

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi

Nama Lokasi : Sungai Kinta

Tarikh :28/05/2011

Masa : 8.00 pagi

Cuaca : Cerah





Pemerhatian Fizikal

Kategori 1 ( Penggunaan tanah )

Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan - 3 markah



Kategori 2 ( Sampah-sarap )

Satu atau dua sampah dibuang dan terdapat daun daripada tumbuhan sekitar terapung di atas air- 8 markah



Kategori 3 ( Paip dan Longkang )

Terdapat beberapa paip, longkang dan terusan -3 markah



Kategori 4 ( Struktur tambahan/Pengubahsuaian )

Tiada langsung struktur tambahan atau pengubahan tidak semujadi-8 markah



Kategori 5 ( Bau )

Bau yang sangat sedikit, mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi-8 markah



Kategori 6 ( Keadaan air )

Sedikit warna dan bahan terampai-5 markah



Kategori 7 ( Tumbuh - tumbuhan )

Sebahagian besarnya tumbuhan semulajadi, sedikit kawasan diterangkan, tumbuhan semulajadi sehingga jarak 30m dari tebing sungai. Tiada hakisan-9 markah



Kategori 8 ( Haiwan Bertulang Belakang )

Ikan kecil yang dijumpai-2 markah



Kategori 9 ( Suara Air )

Pergerakan baik, kelajuan seakan berjalan laju, alunan air-8 markah





Pemerhatian Kimia

1. pH - 7

2. Phosphate - 1 ppm

3. Nitrate - 5 ppm

4. Turbidity - 40 STU

5. DO - 4 ppm

6. DO selapas 5 hari - 8 ppm

7. Temperature (up-stream) - 26

8. Temperature (down-stream) - 26

KEPUTUSAN KUALITI AIR SUNGAI KINTA = 54 (Kelas 3)