13 Nov 2008

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi

Nama Lokasi : Sungai Kinta
Tarikh : 07/11/2008

Masa : 8.30 pagi
Cuaca : Cerah
( Hujan turun dalam 24 jam yang lepas )

Pemerhatian Fizikal

Kategori 1 ( Penggunaan tanah )

Projek perumahan sedang dijalankan - 5 markah

Kategori 2 ( Sampah-sarap )
Ada beberapa sampah dibuang seperti beg plastik - 6 markah

Kategori 3 ( Paip dan Longkang )

Terdapat beberapa paip (box culvert) atau struktur saliran air keluar (outlet) - 2 markah

Kategori 4 ( Struktur tambahan atau Pengubahsuaian )
Terdapat beberapa struktur tambahan saliran (outlet) ke sungai - 4 markah

Kategori 5 ( Bau )
Bau bahan reput, atau sedikit bau bukan semulajadi - 5 markah

Kategori 6 ( Keadaan air )
Sedikit keruh dan kehijauan - 3 markah

Kategori 7 ( Tumbuh-tumbuhan )
Campuran tumbuhan semulajadi, banyak kawasan diterangkan dan lapang - 2 markah

Kategori 8 ( Haiwan bertulang belakang )
Ikan-ikan kecil - 2 markah


Kategori 9 ( Pergerakan air )
Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan - 6 markah

Pemerhatian Kimia


1. pH - 7
2. Phosphate - 1 ppm
3. Nitrate - 5 ppm
4. Turbidity - 0 STU
5. DO - 4 ppm

6. DO selepas 5 hari - 4 ppm
7. Temperature (up-stream) - 26
8. Temperature (down-stream) - 26


Pemarkahan Keseluruhan Pemantauan Riv
er Ranger = 35

3 Nov 2008

PROGRAM RIVER RANGER PERINGKAT NEGERI PERAK

Pendaftaran Peserta

Bacaan Doa oleh En Zainal Abidin b. Ariff


Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg Dato' Ir Abdul Razak b. Dahalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak





Para Peserta Program River Ranger











Ceramah Modul 1 disampaikan oleh En Azli dari GEC



Peserta ke lapangan di Sg Perak untuk melihat demostrasi


Pengarah JPS Negeri Perak bersama para peserta melihat demostrasi dari Dr K. Kalithasan


Dr K. Kalithasan dari GEC menunjukkan hasil keputusan D.O Sg Perak


Dr K. Kalithasan menunjukkan salah satu penunjuk biolagi yang diperolehi






Dr K.Kalithasan sedang memberikan ceramah

Bertolak ke lapangan Penerangan di lapangan











Peserta menggunakan bot untuk mengambil sampel air di Sg Kangsar

Pembentangan kumpulan 2

Pembentangan kumpulan 1

Kuiz yang diadakan oleh GEC bagi menguji kefahaman peserta
Salah seorang peserta cuba memberikan jawapan







PROGRAM RIVER RANGER PERINGKAT NEGERI PERAK-Komponen Penglibatan Komuniti Setempat (Sekolah) 'Training of Trainers' telah berjaya dilaksanakan pada 3 November 2008 bertempat di Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar. Sebanyak 11 buah Sekolah di seluruh Negeri Perak telah menyertai program tersebut. Program ini dilaksanakan hasil daripada saranan kerajaan agar penglibatan masyarakat setempat khususnya sekolah dalam usaha bersama secara bersepadu bagi meningkatkan kesedaran bersama dalam memelihara sungai. Pembabitan peserta dari Negeri Perak bermula dengan River Ranger Zon Tengah yang telah dilaksanakan oleh JPS Malaysia dengan kerjasama Global Enviroment Centre (GEC) sebuah badan NGO yang berpejabat di Petaling Jaya. Program River Ranger Zon Tengah yang diadakan di Petaling Jaya pada 2 hingga 5 Disember 2007 telah memberi pendedahan kepada pegawai JPS Negeri dan guru-guru dari tiga buah sekolah iaitu SM St Micheal, S.M JKC Poi Lam dan S.K Tanjong Rambutan, Ipoh. Lanjutan daripada program tersebut, Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Perak telah mengambil inisiatif untuk melaksanakannya bagi memberi pendedahan kepada guru-guru disekitar Negeri Perak. Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Perak telah bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri bagi menjayakan aktiviti tersebut. Para peserta adalah guru-guru yang dipilih dari sekolah-sekolah yang berhampiran sungai dimana pihak sekolah boleh melaksanakannya bersama para pelajar. Kesemua sekolah dipilih oleh Bahagian Ko-Kurikulem Jabatan Pelajaran Negeri. Selain memberi pendedahan kepada guru, program ini turut bertujuan meramaikan jurulatih River Ranjer Perak agar aktiviti River Ranger ini dapat dilaksanakan di sekolah berkenaan. Ini kerana kesemua peserta yang mengikuti program ini secara rasminya merupakan Jurulatih River Ranger bagi sekolah berkenaan. Tiga buah sekolah perintis tidak dijemput memandangkan aktiviti ini khusus untuk melatih Jurulatih River Ranger yang baru. River Ranger Perak berharap agar program ini akan turut dilaksanakan peringkat daerah masing-masing bagi menyemai sikap cintai sungai kita dikalangan masyarakat khususnya para pelajar sekolah. River Ranger Perak sangat berharap agar guru-guru dari sekolah berkenaan dapat melaksanakan program ini di sekolah masing-masing sama ada melalui aktiviti di kelas mahupun aktiviti Kelab Alam Sekitar dan sebagainya. Pihak Sekolah boleh meminta bantuan daripada JPS di daerah masing-masing ataupun terus ke Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Perak bagi mendapatkan khidmat, nasihat dan bantuan. Pihak JPS sedia membantu agar membolehkan aktiviti ini diteruskan. Jurulatih-jurulatih River Ranger boleh menghantar kad laporan sungai beserta gambar kepada Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Perak untuk dimuatkan didalam laman ini. Bagi semua jurulatih River Ranger Perak, anda mungkin dipanggil untuk satu program khas River Ranger samada peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Semoga aktiviti ini dapat menarik minat pelajar kearah mewujudkan generasi prihatin terhadap alam sekitar khususnya sungai. Tanpa air, tiadalah kehidupan.