Program River Ranger adalah satu program pendidikan alam sekitar yang memberi penekanan kepada pengurusan sungai dan air. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari banyak perkara berkaitan sungai serta bagaimana dapat membantu untuk memelihara sungai. Aktiviti ini juga melibatkan aktiviti lapangan dimana peserta akan dibawa ke sungai berhampiran dan dilatih untuk mengambil contoh air serta membuat ujian kualiti air yang sangat mudah menggunakan testing kit dan kaedah petunjuk biologi sebagai petunjuk kualiti air.
Saya mengalu-alukan semua sekolah, pusat pengajian dan NGO di negeri Perak untuk menyertai program ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Sungai, JPS Negeri Perak Darul Ridzuan.
Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan
Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran,
Negeri Perak Darul Ridzuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan