28 Mac 2010

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi

Nama Lokasi : Sungai Kinta
Tarikh : 27/03/2010
Masa : 8.30 pagi
Cuaca : Cerah
( Hujan tidak turun dalam 24 jam yang lepas )

Pemerhatian Fizikal

Kategori 1 ( Penggunaan tanah )

Digunakan untuk kegiatan komersil, rekreasi dan perumahan - 6 markah

Kategori 2 ( Sampah-sarap )
Ada beberapa sampah dibuang seperti beg plastik dan tin kosong - 5 markah

Kategori 3 ( Paip dan Longkang )

Tiada paip daripada perindustrian, tetapi terdapat beberapa daripada longkang monsun - 7 markah

Kategori 4 ( Struktur tambahan/Pengubahsuaian )
Terdapat beberapa struktur tambahan atau beberapa perubahan pengairan sungai seperti jambatan jalan kaki - 4 markah

Kategori 5 ( Bau )
Bau kuat yang bukan semulajadi - 3 markah

Kategori 6 ( Keadaan air )
Sedikit keruh dan/atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan minyak - 4 markah

Kategori 7 ( Tumbuh - tumbuhan )

Sebahagian besarnya tumbuhan semulajadi, sedikit kawasan diterangkan, tumbuhan semulajadi sehingga jarak 30m dari tebing sungai. Tiada Hakisan - 9 markah

Kategori 8 ( Haiwan Bertulang Belakang )
Tiada langsung vertebrata dijumpai- 0 markah

Kategori 9 ( Suara Air )

Pergerakan naik, kelajuan seakan berjalan laju, alunan air - 8 markah

Pemerhatian Kimia

1. pH - 7
2. Phosphate - 2 ppm
3. Nitrate - 5 ppm
4. Turbidity - 40 STU
5. DO - 0 ppm
6. DO selapas 5 hari -4 ppm
7. Temperature (up-stream) - 26
8. Temperature (down-stream) - 26


KEPUTUSAN KUALITI AIR SUNGAI KINTA = 46 (Kelas 3)

23 Mac 2010

Perutusan Pengarah JPS Negeri Perak

Program River Ranger adalah satu program pendidikan alam sekitar yang memberi penekanan kepada pengurusan sungai dan air. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari banyak perkara berkaitan sungai serta bagaimana dapat membantu untuk memelihara sungai. Aktiviti ini juga melibatkan aktiviti lapangan dimana peserta akan dibawa ke sungai berhampiran dan dilatih untuk mengambil contoh air serta membuat ujian kualiti air yang sangat mudah menggunakan testing kit dan kaedah petunjuk biologi sebagai petunjuk kualiti air.

Ramai diantara kita telah terlepas pandang bahawa sungai juga merupakan tempat kehidupan pelbagai spesis hidupan air dan yang paling penting semua sungai dalam persekitaran semulajadi menampung pelbagai kehidupan. Untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya memelihara persekitaran dan air sungai yang bersih pelbagai institusi pendidikan dan pertubuhan digalakkan mengambil bahagian dan terlibat dengan program River Ranger.

Saya mengalu-alukan semua sekolah, pusat pengajian dan NGO di negeri Perak untuk menyertai program ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Sungai, JPS Negeri Perak Darul Ridzuan.


Dato’ Ir. Abdul Razak bin Dahalan

Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran,

Negeri Perak Darul Ridzuan.

15 Mac 2010

INGATAN BUAT BLOGGER RIVER RANGER PERAK

KEPADA RIVER RANGER PERAK SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA ANDA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENGUBAH-SUAI SETTING YANG TELAH ADA DI DALAM BLOG INI. ANDA HANYA DIKEHENDAKI MEMASUKKAN MAKLUMAT AKTIVITI KE DALAM BLOG TANPA MENGGANGGU SETTING YANG TELAH SEDIA ADA.
HARAP MAKLUM
RIVER RANGER PERAK
BAHAGIAN SUNGAI
JPS NEGERI PERAK