30 Ogo 2008

GIRL GUIDE INTERNATIONAL CAMP 2008


Taklimat kesedaran alam sekitar dari Bahagian Kejuruteraan Sungai
JPS Negeri Perak.

Peserta Pandu Puteri Antarabangsa mendengar taklimat


Aktiviti lapangan Bio-Indicator di Sungai Ulu Kenas


Aktiviti lapangan Bio-Indicator di Sg Ulu Kenas




Girl Guide International Camp 2008 telah diadakan di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Perak pada 17 sehingga 22.08.2008 yang lalu. Seramai kira-kira 470 orang peserta yang terdiri daripada Pandu Puteri seluruh dunia telah berkumpul di Ulu Kenas, Perak. Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Kangsar/Hulu Perak dan Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Perak telah dijemput bagi memenuhi aktiviti kesedaran sungai dan alam sekitar pada 18.08.2008, 20.08.2008 dan 21.08.2008 kepada para peserta.




Program ceramah kesedaran alam sekitar serta aktiviti lapangan Bio-Indicator telah didedahkan kepada Pandu Puteri terlibat dimana aktiviti lapangan dilaksanakan di Sungai Ulu Kenas. Secara keseluruhannya keputusan Bio-Indicator yang dilakukan keatas Sungai Ulu Kenas mendapti kualiti air Sungai Ulu Kenas berada di tahap 2 iaitu air bersih. Aktiviti ini turut menarik perhatian para Pemimpin Pandu Puteri yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti Bio-Indicator. Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada Pandu Puteri mengenai kepentingan memelihara alam sekitar khususnya sungai.