29 Jul 2010

Program River Ranger Negeri Perak 2010. 'Training of Trainers'


Pendaftaran peserta
Bacaan Doa oleh En Zainal Abidin b. Arif
Ucapan Pengerusi Majlis
Dr Kali, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sungai JPS Perak

Timbalan Pengarah JPS Perak : Hj Juhaimi b. Jusoh memberikan ucapan aluan
Penyerahan cenderahati dari GEC kepada Timbalan Pengarah

Program River Ranger-'Training of Trainers' telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Sungai Chepor, Perak. Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak serta pembentangan modul dari Global Environment Centre (GEC) iaitu Dr Kali yang sememangnya wakil GEC yang sering mengambil bahagian aktiviti River Ranger di Malaysia.

Pembentangan modul oleh Dr Kali dari GEC



Taklimat di lapangan Sungai Pari

Aktiviti persampelan di Sungai Pari



Aktiviti lapangan di kawasan tercemar dilakukan di Sungai Pari dan aktiviti lapangan di kawasan yang tidak tercemar dilakukan di Sungai Chepor bagi membandingkan keputusan ujian yang dilaksanakan seperti Ujian Oksigen Terlarut, Ujian Kekeruhan, Ujian Nitrat, Ujian Sulfat, pH dan Suhu. Kad lapaoran sungai diisi bagi melakukan pemerhatian fizikal serta aktiviti biologikal.


Kumpulan 1

Taklimat di Sungai Chepor


Persampelan di Sungai Chepor
Para peserta sedang menyiapkan data untuk persembahan kumpulan


Selepas aktiviti dilapangan, para peserta dikehendaki melakukan persembahan kumpulan bagi menyatakan hasil atau dapatan dari aktiviti tersebut. Dr Kali kemudiannya melakukan rumusan seterusnya ucapan penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak Dato' Ir. Abdul Razak b. Dahalan. Majlis selesai pada jam 5.00 petang

Dato' Pengarah bersama Jurutera-Jurutera Daerah mendengar persembahan kumpulan pada majlis penutup









Tiada ulasan: