15 Apr 2009

Program River Health

Peserta bersarapan di JPS Larut Matang dan Selama


Peserta mengambil tempat

Peserta mengambil tempat

Ucapan Pengerusi Majlis
En Razman b. Mohamad dari Bahagian Kejuruteraan Sungai Memberikan Ceramah Alam Sekitar

Institut Perguruan Tuanku Bainun telah menganjurkan Program River Health sebagai projek tahun akhir penuntut-penuntut Istitut tersebut. Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada bakal guru serta 2 orang pensyarah Institut telah mengambil bahagian dalam program yang dirancang. Pihak Institut telahg memohon bantuan daripada pihak JPS Larut Matang dan Selama untuk membantu dalam perlaksanaan dan penyediaan tempat. Pihak Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Perak melalui team River Ranger telah diminta untuk memberi taklimat dan latihan berkenaan Ceramah Alam Sekitar, Sungai dan Kepentingannya serta kaedah penggunaan makroinvertebrata dalam menentukan kualiti air sungai. Latihan dilapangan telah dilaksanakan di Sungai Batu Teguh, Taiping dimana peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan yang akan melaksanakan latihan di hulu sungai, tengah sungai dan hilir sungai. Pihak River Ranger juga telah menunjukkan kaedah penggunaan water monitoring kit bagi penilaian kualiti air sungai dimana nilai pH, DO, kekeruhan, suhu dan nitrate dicatatkan. River Ranger mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut kerana menjemput dalam menjayakan program mereka. Semoga program tersebut dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan semua.
Cenderahati dari JPS kepada Institut Perguruan Tengku Bainun
Penolong Jurutera Daerah JPS LMS menerima Cenderahati dari Institut Perguruan Tengku Bainun
En Razman menerima Cenderahati dari Institut Perguruan Tengku Bainun

Para peserta mencatat dan mengira invertebrata yang diperolehi
Invertebrata yang diperolehi di Sg Batu Tegoh, Taiping
Peserta sedang melakukan persempelan


Peserta melakukan persampelan








Tiada ulasan: