11 Sep 2013

AKTIVITI LATIHAN SMART RANGER DAN RIVER RANGER BERSAMA GLOBAL ENVIRONMENT CENTRE (GEC) DI BAWAH PROGRAM PENDIDIKAN SUNGAI KINTA.

Pada hari Sabtu bertarikh 20 Julai 2013, Global Environment Centre telah menjalankan Aktiviti Latihan SMART Ranger bertempat di Kawasan Rukun Tetangga Buntong, Ipoh. Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan dan taklimat dari Dr. K. Kalithasan sebagai penyelaras program yang dibantu oleh Jagedeswari Marriappan, Sharmini Sunasee dan Gooi dari GEC serta pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Kinta yang terlibat.

Aktiviti Latihan SMART Ranger ini dilakukan di dalam Dewan RT Teluk Kurin dari pukul 2pm – 6pm. Program ini melibatkan penduduk kawasan buntong yang berdekatan dari semua peringkat umur. Aktiviti yang dilakukan adalah Pengurusan Bersepadu Sumber, iaitu latihan cara pembuatan lilin, sabun dan kraftangan daripada bahan terbuang atau terpakai. Dalam mase yang same orang awam dapat melihat dan belajar cara-cara membuat barang atau bahan yang berguna dalam kehidupan harian.






Pada aktiviti kedua iaitu hari Ahad bertarikh 28 Julai 2013 pula bertempat di RT Buntong 3 & 4 adalah tempat berkumpul. Aktiviti yang dilakukan adalah Latihan RIVER Ranger yang melibatkan semua peringkat umur. Ujian dilakukan di 2 tempat berasingan iaitu di bahagian hulu dan bahagian hilir Sg. Buntong. Semua yang terlibat telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kedua-dua kumpulan ini telah melakukan ujian fizikal, kimia dan biologi di dua lokasi tersebut. Pihak GEC yang terlibat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 2 kumpulan mendapati air Sungai Buntong bersih.







Objektif program dapat mewujudkan kesedaran sebelum membuang sampah ke dalam sungai atau d tempat pembuangan sampah. Ini adalah kerana sampah yang dibuang mungkin masih bole dikitar semula atau diproses menjadi bahan atau barang berguna.

Disamping itu juga dapat memberi kesedaran kepada semua orang awam tentang pentingnya sungai dalam kehidupan seharian kita dan juga dapat menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai. JPS juga berharap aktiviti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kebersihan dan kesihatan semua sungai di negeri ini khususnya.


8 Jun 2012

PROGRAM RIVER RANGER BERSAMA PERSATUAN ALAM SEKITAR (PAS) BAGI TAHUN 2012


Pada hari Sabtu bertarikh 12 Mei 2012 Persatuan Alam Sekitar Perak telah menganjurkan Program River Ranger bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bertempat di Sungai Kinta berhampiran Sekolah Menengah Poi Lam Ipoh. Program ini bermula dengan ucapan dari Presiden Persatuan Alam Sekitar iaitu En. Abd Rahman Bin Said Ali, AMP., PPT. dan seterusnya ucapan dari En.  Veeramohan sebagai pegawai latihan dan tunjuk ajar yang dibantu oleh En. Raman dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak yang terlibat.

Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh seramai 25 Orang, SMK Mengelembu seramai 6 Orang, Kolej Olympia Ipoh seramai 5 orang, SM. Methodist Girls School seramai 2 Orang, SMK St. Micheal dan SMK Convent masing-masing seorang serta guru-guru sekolah yg terlibat. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 9 kumpulan mendapati air Sungai Kinta bersih.

Objektif program ini dapat mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan kita dan juga dapat menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai. Ucapan penutup telah disampaikan oleh Pegawai JPS iaitu En. Razman bin Mohammad dan JPS juga berharap aktiviti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kebersihan dan kesihatan semua sungai di negara ini.








19 Sep 2011

Majlis Penyerahan Bahan Meja di SMK Raja Shahriman, Beruas




Pada 9 Ogos 2011, satu majlis penyerahan bahan meja kepada River Ranger SMK Raja Shahriman telah berlansung. Bahan tersebut telah diserahkan oleh pegawai JPS Ipoh Encik Mohammad Razib b Mohammad Razlan dan pegawai JPS Manjung Encik Mohammad Aminuddin b Mohammad Tajuddin.
Bahan meja tersebut digunakan sebagai salah satu alat sebaran maklumat berbentuk interaktif yang terdiri daripada tiga jenis permainan. dengan adanaya bahan tersebut, diharapkan agar para pelajar dapat mengenali sungai dengan lebih dekat di samping menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar serta warga sekolah.