8 Jun 2012

PROGRAM RIVER RANGER BERSAMA PERSATUAN ALAM SEKITAR (PAS) BAGI TAHUN 2012


Pada hari Sabtu bertarikh 12 Mei 2012 Persatuan Alam Sekitar Perak telah menganjurkan Program River Ranger bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bertempat di Sungai Kinta berhampiran Sekolah Menengah Poi Lam Ipoh. Program ini bermula dengan ucapan dari Presiden Persatuan Alam Sekitar iaitu En. Abd Rahman Bin Said Ali, AMP., PPT. dan seterusnya ucapan dari En.  Veeramohan sebagai pegawai latihan dan tunjuk ajar yang dibantu oleh En. Raman dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak yang terlibat.

Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh seramai 25 Orang, SMK Mengelembu seramai 6 Orang, Kolej Olympia Ipoh seramai 5 orang, SM. Methodist Girls School seramai 2 Orang, SMK St. Micheal dan SMK Convent masing-masing seorang serta guru-guru sekolah yg terlibat. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 9 kumpulan mendapati air Sungai Kinta bersih.

Objektif program ini dapat mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan kita dan juga dapat menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai. Ucapan penutup telah disampaikan oleh Pegawai JPS iaitu En. Razman bin Mohammad dan JPS juga berharap aktiviti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kebersihan dan kesihatan semua sungai di negara ini.








Tiada ulasan: