Pada hari Sabtu bertarikh 20 Julai 2013, Global Environment
Centre telah menjalankan Aktiviti Latihan SMART Ranger bertempat di Kawasan
Rukun Tetangga Buntong, Ipoh. Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan dan taklimat
dari Dr. K. Kalithasan sebagai penyelaras program yang dibantu oleh Jagedeswari
Marriappan, Sharmini Sunasee dan Gooi dari GEC serta pegawai-pegawai dari JPS Negeri
Perak dan JPS Daerah Kinta yang terlibat.
Aktiviti Latihan SMART Ranger ini dilakukan di
dalam Dewan RT Teluk Kurin dari pukul 2pm – 6pm. Program ini melibatkan penduduk
kawasan buntong yang berdekatan dari semua peringkat umur. Aktiviti yang dilakukan
adalah Pengurusan Bersepadu Sumber, iaitu latihan cara pembuatan lilin, sabun
dan kraftangan daripada bahan terbuang atau terpakai. Dalam mase yang same
orang awam dapat melihat dan belajar cara-cara membuat barang atau bahan yang
berguna dalam kehidupan harian.
Pada aktiviti kedua iaitu hari Ahad bertarikh
28 Julai 2013 pula bertempat di RT Buntong 3 & 4 adalah tempat berkumpul.
Aktiviti yang dilakukan adalah Latihan RIVER Ranger yang melibatkan semua
peringkat umur. Ujian dilakukan di 2 tempat berasingan iaitu di bahagian hulu
dan bahagian hilir Sg. Buntong. Semua yang terlibat telah dibahagikan kepada 2
kumpulan.
Kedua-dua kumpulan ini telah melakukan ujian
fizikal, kimia dan biologi di dua lokasi tersebut. Pihak GEC yang terlibat berpuas
hati dengan aktiviti yang dijalankan dan hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 2
kumpulan mendapati air Sungai Buntong bersih.
Objektif program dapat mewujudkan kesedaran
sebelum membuang sampah ke dalam sungai atau d tempat pembuangan sampah. Ini adalah
kerana sampah yang dibuang mungkin masih bole dikitar semula atau diproses
menjadi bahan atau barang berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan