JPS Negeri Perak.
Program ceramah kesedaran alam sekitar serta aktiviti lapangan Bio-Indicator telah didedahkan kepada Pandu Puteri terlibat dimana aktiviti lapangan dilaksanakan di Sungai Ulu Kenas. Secara keseluruhannya keputusan Bio-Indicator yang dilakukan keatas Sungai Ulu Kenas mendapti kualiti air Sungai Ulu Kenas berada di tahap 2 iaitu air bersih. Aktiviti ini turut menarik perhatian para Pemimpin Pandu Puteri yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti Bio-Indicator. Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada Pandu Puteri mengenai kepentingan memelihara alam sekitar khususnya sungai.

