7 Jul 2008

Ekspedisi Kajian Pemulihan Kualiti Air Sungai Kinta


Ucapan perasmian oleh Y.B Exco Alam Sekitar Negeri Perak
Peserta ekspedisi Kajian Pemulihan Kualiti Air Sg Kinta.

Peserta aktiviti berkayak di Sg Kinta, Ulu Kinta


Peserta ekspedisi berkayak di Sg Kinta (Bandaraya Ipoh)
menuju ke Menara Tanjak, Batu Gajah.- Hari keempat ekspedisi



Ekspedisi Kajian Pemulihan Kualiti Air Sungai Kinta telah berjaya dilaksanakan pada 7/6/2008 hingga 12/6/2008 dimana perasmiannya telah diadakan pada 8/6/2008. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Exco Alam Sekitar Negeri Perak. Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah JPS Malaysia juga turut sudi hadir pada majlis tersebut. Ekspedisi ini dijalankan bagi melakukan kajian keatas Sungai Kinta yang mana turut melibatkan perbagai Jabatan lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Objektif utama ekspedisi ini adalah bagi mengenalpasti masalah pencemaran Sungai Kinta, punca pencemaran serta tindakan susulan yang perlu diambil bagi meningkatkan kualiti air sungai Kinta. Ekspedisi ini bermula dari Kolam Takungan Air L.A.P di Ulu Kinta sehingga ke Menara Tanjak di Batu Gajah dengan berkayak. Ekspedisi ini turut melibatkan kajian flora dan fauna di sepanjang Sungai Kinta. Kajian akan bermula dari jam 7 pagi sehingga 10 malam. Kesemua peserta akan bermalam dikhemah yang disediakan. Ekspedisi bersambung dari Menara Tanjak ke Pasir Salak dengan menaiki bot-bot JPS yang disediakan. Ekspedisi berakhir dimuara Sg Kinta di Pasir Salak Resort. Hasil keputusan bio-indicator yang dilakukan keatas Sungai Kinta didapati bahagian hulu Sungai ini berada dalam kelas B dan hilirnya pada kelas D dengan purata kelasnya berada pada kelas C. Diharap hasil ekspedisi ini akan mampu menghasilkan tindakan susulan yang dapat dilakukan bagi meningkatkan kualaiti air Sungai Kinta pada kelas B untuk keseluruhannya. Kesemua sampel yang diperolehi di bawa ke makmal di UPM, USM dan UKM untuk dianalisis. Menurut Jurutera Daerah JPS Kinta, hasil ekspedisi akan diketahui seawal hujung tahun 2008 dan tindakan susulan perlu dilakukan berdasarkan hasil kajian dari ekspedisi tersebut. Jurutera Daerah JPS Kinta juga turut mencadangkan agar ekspedisi ini dilaksanakan untuk kali kedua yang bermula dari Kolam Takungan L.A.P ke punca air Sungai Kinta bagi melengkapkan hasil bagi keseluruhan Kajian Sungai Kinta. Bagi Ekspedisi kedua Sungai Kinta ini Jurutera Daerah JPS Kinta membayangkan ia akan dilaksanakan dalam bulan Ogos 2008.





Tiada ulasan: