25 Jul 2010

Pengumuman


Program River Ranger-Train the Trainers akan diadakan pada 29.07.2010 jam 8.30pagi bertempat di Sg Chepor, Ipoh. Surat dan senaeai peserta telah dihantar kepada Sekolah-Sekolah terlibat. Semoga program tersebut dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam usaha memelihara alam sekitar.

18 Jul 2010

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi
Nama Lokasi : Sungai Kinta
Tarikh :18/07/2010
Masa : 8.30 pagi
Cuaca : Cerah
( Hujan turun dalam 24 jam yang lepas )

Pemerhatian Fizikal

Kategori 1 ( Penggunaan tanah )
Digunakan untuk kegiatan komersil,rekreasi dan perumahan-8 markah

Kategori 2 ( Sampah-sarap )Banyak sampah dibuang seperti plastik dan tin,atau banyak pertumbuhan alga-4 markah

Kategori 3 ( Paip dan Longkang )
Terdapat beberapa paip atau terusan -3 markah

Kategori 4 ( Struktur tambahan/Pengubahsuaian )
Terdapat beberapa struktur tambahan atau beberapa perubahan pengairan sungai seperti jambatan jalan kaki- 4 markah

Kategori 5 ( Bau )
Bau yang sangat sedikit,mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi- 9 markah

Kategori 6 ( Keadaan air )
Sedikit warna- 8 markah

Kategori 7 ( Tumbuh - tumbuhan ) Campuran tumbuhan semulajadi, banyak kawasan diterangkan dan lapang - 5 markah

Kategori 8 ( Haiwan Bertulang Belakang )
Sejenis vertebrata sahaja dijumpai- 2 markah

Kategori 9 ( Suara Air )
Bertakung,tetap dan cetek-1 markah

Pemerhatian Kimia

1. pH - 7
2. Phosphate - 1 ppm
3. Nitrate - 5 ppm
4. Turbidity - 40 STU
5. DO - 4 ppm
6. DO selapas 5 hari - 0ppm
7. Temperature (up-stream) - 26
8. Temperature (down-stream) - 26

KEPUTUSAN KUALITI AIR SUNGAI KINTA = 44 (Kelas 3)

5 Jul 2010

Bengkel "Study On Pollution Prevention And Water Quality Improvement Sungai Kinta"

Pendaftaran peserta
Urusetia Program
Tetamu Kehormat Para peserta bengkel

Pengarah JPS Perak ketika merasmikan bengkel
Timbalan Pengarah Bahagian Sungai JPS Malaysia menyampaikan ucapan

Wakil dari pihak Perunding BudiTrans

Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang

Ceramah dari Jabatan Kejuruteraan MBI


Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan

Aktiviti Pembentangan di akhir bengkel

Satu Bengkel "Study On Pollution Prevention And Water Quality Improvement Sungai Kinta" telah berjaya dilaksanakan di Hotel Hillcity pada 29.06.2010. Bengkel ini dihadiri oleh semua pihak yang berkepentingan terhadap kawasan tadahan Sungai Kinta. Antara lain bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepentingan Sungai Kinta serta hasrat kerajaan khususnya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dalam mengembalikan kualiti air terbaik di Sungai Kinta. Bengkel dihadiri oleh perbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral & Geosains, Jabatan Verterina, Jabatan Pertanian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah, Indah Water Konsertium serta pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti Faderal Manufactuaring Malaysia (FMM), Global Environment Centre (GEC), Persatuan Alam Sekitar Perak (PAS) dan ketua-ketua kampung di sekitar lembangan Sungai Kinta.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPS Negeri Perak, Dato' Ir. Abdul Razak b. Dahalan. Antara kpengisian yang dilaksanakan termasuklah ceramah pengenalan dari Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang, Ceramah alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak serta Ceramah oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Ipoh. Para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat latihan dan membentangkan hasil cadangan bagi meningkatkan kualiti air Sungai Kinta.
Sesungguhnya bengkel yang diadakan telah berjaya menarik perbagai lapisan dan kelompok masyarakat agar dapat bergandingan dalam usaha untuk memelihara dan memulihara Sungai Kinta.

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Persatuan Alam Sekitar Perak (PAS)

Para peserta bergambar diakhir program

Persatuan Alam Sekitar Perak (PAS) telah bersama-sama River Ranger Perak dari KPS Kinta/Batang Padang dalam menjayakan Program Kesedaran Alam Sekitar pada 19.06.2010 di Sg Kinta. Program yang diadakan bagi menimbulkan kesedaran dan keprihatinan terhadap Sungai Kinta ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah di Daerah Kinta.

Taklimat pengendalian program menggunakan kaedah biologi

Peserta turun ke dalam Sungai Kinta

Pengenalpastian invertebrata

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Kelab Rekreasi Ipoh Timur (KRIT)



Kelab Rekreasi Ipoh Timur (KRIT) bersama JPS Daerah Kinta/Batang Padang telah bersama-sama menganjurkan Program Kesedaran Alam Sekitar. Program yang dilaksanakan pada 12.06.2010 ini telah disertai seramai 100 orang peserta dari Kolej Kejururawatan Manjung dan Kolej Kejururawatan Ulu Kinta, Perak. Semoga program ini dapat membantu meninbulkan kesedaran dalam memelihara sumber air negara.