5 Jul 2010

Bengkel "Study On Pollution Prevention And Water Quality Improvement Sungai Kinta"

Pendaftaran peserta
Urusetia Program
Tetamu Kehormat Para peserta bengkel

Pengarah JPS Perak ketika merasmikan bengkel
Timbalan Pengarah Bahagian Sungai JPS Malaysia menyampaikan ucapan

Wakil dari pihak Perunding BudiTrans

Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang

Ceramah dari Jabatan Kejuruteraan MBI


Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan

Aktiviti Pembentangan di akhir bengkel

Satu Bengkel "Study On Pollution Prevention And Water Quality Improvement Sungai Kinta" telah berjaya dilaksanakan di Hotel Hillcity pada 29.06.2010. Bengkel ini dihadiri oleh semua pihak yang berkepentingan terhadap kawasan tadahan Sungai Kinta. Antara lain bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepentingan Sungai Kinta serta hasrat kerajaan khususnya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dalam mengembalikan kualiti air terbaik di Sungai Kinta. Bengkel dihadiri oleh perbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral & Geosains, Jabatan Verterina, Jabatan Pertanian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah, Indah Water Konsertium serta pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti Faderal Manufactuaring Malaysia (FMM), Global Environment Centre (GEC), Persatuan Alam Sekitar Perak (PAS) dan ketua-ketua kampung di sekitar lembangan Sungai Kinta.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPS Negeri Perak, Dato' Ir. Abdul Razak b. Dahalan. Antara kpengisian yang dilaksanakan termasuklah ceramah pengenalan dari Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang, Ceramah alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak serta Ceramah oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Ipoh. Para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat latihan dan membentangkan hasil cadangan bagi meningkatkan kualiti air Sungai Kinta.
Sesungguhnya bengkel yang diadakan telah berjaya menarik perbagai lapisan dan kelompok masyarakat agar dapat bergandingan dalam usaha untuk memelihara dan memulihara Sungai Kinta.

Tiada ulasan: