11 Sep 2013

AKTIVITI LATIHAN SMART RANGER DAN RIVER RANGER BERSAMA GLOBAL ENVIRONMENT CENTRE (GEC) DI BAWAH PROGRAM PENDIDIKAN SUNGAI KINTA.

Pada hari Sabtu bertarikh 20 Julai 2013, Global Environment Centre telah menjalankan Aktiviti Latihan SMART Ranger bertempat di Kawasan Rukun Tetangga Buntong, Ipoh. Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan dan taklimat dari Dr. K. Kalithasan sebagai penyelaras program yang dibantu oleh Jagedeswari Marriappan, Sharmini Sunasee dan Gooi dari GEC serta pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Kinta yang terlibat.

Aktiviti Latihan SMART Ranger ini dilakukan di dalam Dewan RT Teluk Kurin dari pukul 2pm – 6pm. Program ini melibatkan penduduk kawasan buntong yang berdekatan dari semua peringkat umur. Aktiviti yang dilakukan adalah Pengurusan Bersepadu Sumber, iaitu latihan cara pembuatan lilin, sabun dan kraftangan daripada bahan terbuang atau terpakai. Dalam mase yang same orang awam dapat melihat dan belajar cara-cara membuat barang atau bahan yang berguna dalam kehidupan harian.






Pada aktiviti kedua iaitu hari Ahad bertarikh 28 Julai 2013 pula bertempat di RT Buntong 3 & 4 adalah tempat berkumpul. Aktiviti yang dilakukan adalah Latihan RIVER Ranger yang melibatkan semua peringkat umur. Ujian dilakukan di 2 tempat berasingan iaitu di bahagian hulu dan bahagian hilir Sg. Buntong. Semua yang terlibat telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kedua-dua kumpulan ini telah melakukan ujian fizikal, kimia dan biologi di dua lokasi tersebut. Pihak GEC yang terlibat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 2 kumpulan mendapati air Sungai Buntong bersih.







Objektif program dapat mewujudkan kesedaran sebelum membuang sampah ke dalam sungai atau d tempat pembuangan sampah. Ini adalah kerana sampah yang dibuang mungkin masih bole dikitar semula atau diproses menjadi bahan atau barang berguna.

Disamping itu juga dapat memberi kesedaran kepada semua orang awam tentang pentingnya sungai dalam kehidupan seharian kita dan juga dapat menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai. JPS juga berharap aktiviti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kebersihan dan kesihatan semua sungai di negeri ini khususnya.