Pada hari
Sabtu bertarikh 12 Mei 2012 Persatuan Alam Sekitar Perak telah menganjurkan Program
River Ranger bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bertempat di Sungai
Kinta berhampiran Sekolah Menengah Poi Lam Ipoh. Program ini bermula dengan ucapan
dari Presiden Persatuan Alam Sekitar iaitu En. Abd Rahman Bin Said Ali,
AMP., PPT. dan seterusnya ucapan dari En.
Veeramohan sebagai pegawai latihan dan tunjuk ajar yang dibantu oleh En.
Raman dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pegawai-pegawai dari JPS Negeri
Perak yang terlibat.
Program
ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung
Pasir Puteh seramai 25 Orang, SMK Mengelembu seramai 6 Orang, Kolej Olympia Ipoh
seramai 5 orang, SM. Methodist Girls School seramai 2 Orang, SMK St. Micheal
dan SMK Convent masing-masing seorang serta guru-guru sekolah yg terlibat. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 9 kumpulan mendapati air Sungai Kinta
bersih.
Objektif
program ini dapat mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam
kehidupan kita dan juga dapat menimbulkan keinginan untuk memelihara dan
mencintai sungai. Ucapan penutup telah disampaikan oleh Pegawai JPS iaitu En.
Razman bin Mohammad dan JPS juga berharap aktiviti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kebersihan dan kesihatan semua sungai di negara ini.