Pendaftaran peserta
River Ranger Perak telah menyertai Jambori River Ranger Peringkat Kebangsaan Kali Pertama yang diadakan di Pinggiran Sungai Galing, Kuantan, Pahang pada 29 hingga 31 Oktober 2010 yang lalu. Sunguhpun penyertaan dari River Ranger Parak untuk peringkat Sekolah dan Komuniti tidak diperolehi memandangkan para pelajar sedang sibuk dengan minggu peperiksaan, River Ranger Perak tetap menghantar wakil bagi mendapatkan gambaran dan pengalaman berguna dalam membaiki dan meningkatkan keupayaan River Ranger Perak agar lebih aktif dan kreatif dalam menjayakan aktiviti kecintaan sungai terhadap masyarakat.
River Ranger Perak bertolak ke Kuantan pada jam 9.00 pagi dan sampai di Sungai Galing, Kuantan pada jam 4.30 petang. Sejurus selepas pendaftaran, River Ranger Perak telah disajikan dengan jamuan ringan serta pembahagian kumpulan bagi penginapan di khemah yang disediakan.
Pada jam 5.00 petang, River Ranger Perak mula menyusun bahan pameran di khemah pameran. Seorang wakil dikehendaki membentangkan hasil aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh River Ranger Perak sepanjang penubuhannya. Setiap bahan pameran dan pembentangan dinilai oleh panel yang dilantik.
Aktiviti pada pukul 8.00 malam dimulakan dengan persembahan dari River Ranger Kedah dan River Ranger Malaysia yang memaparkan satu lakonan berkaitan kesedaran memelihara sungai. Kesemua pesembahan tersebut terdiri daripada para pelajar serta mendapat tunjuk ajar dari guru-guru dari sekolah terbabit. Program pada malam pertama ini tamat sekitar jam 10.00 malam.
Pada 30.10.2010, program dimulakan dengan senam robik jam 7.30 pagi serta aktiviti larian sungai. Bagi aktiviti larian sungai, setiap ahli River Ranger dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan diberikan arahan selanjutnya bagi mendapatkan maklumat yang perlu diisi dan dikumpulkan. Sebanyak 5 station perlu ditamatkan dan setiap kumpulan yang paling tepat dan cepat akan mendapat hadiah. Aktiviti l;arian sungai ini dilaksanakan disekitar Sungai Galing membabitkan aktiviti penanaman semula pokok bakau, aktiviti memancing dan pengenalpastian ikan tempatan, pengenalpastian tumbuhan, aktiviti penilaian kualiti air dan aktiviti membuat 'mud ball'. Aktiviti tamat jam 12.00 tengahari.
Hasil Tangkapan
Peserta ditemuramah RTM
Pada sebelah petangnya, aktiviti diteruskan dengan aktiviti mengindahkan hulu Sungai Galing di Kampung Semambu.
Jam 8.00 malam merupakan malam akhir Jambori River Ranger dengan Majlis Perasmian. Majlis diserikan dengan persembahan pelajar dari River Ranger Kedah dan River Ranger Pahang.
Program pada 31.10.2010 diteruskan dengan aktiviti lawatan. Bagi para pelajar, satu aktiviti menyelusuri Sungai Kuantan diadakan dari jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Aktiviti tamat jam 2.00 petang selepas upacara penangguhan dilaksanakan. Program River Ranger Kebangsaan Kali Kedua pada tahun hadapan dirancang dan dicadangkan diadakan di Negeri Pulau Mutiara. Semoga pada program akan datang, River Ranger Perak akan dapat melibatkan pelajar sekolah dan komuniti serta memberikan saingan yang baik terhadap pasukan River Ranger yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan