3 Ogo 2010

Pengambaran RTM di Sungai Kinta



Krew RTM bersama Bahagian Sungai JPS Malaysia


Krew RTM
'Inflatable Rubber Dam' sedang beroperasi
Krew RTM dibawa menaiki bot


Krew RTM mendapat penerangan dan penjelasan dari Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang

En Baharuddin b. Abdullah, Jurutera Daerah Kinta/Batang Padang menunjukkan hasil rawatan EM di kawasan pelupusan sampah Bercham.



Satu pengambaran telah dilaksanakan pada 02.08.2010 yang lalu dimana sekumpulan krew RTM dari Angkasapuri telah melawat serta mendapatkan penjelasan daripada Jurutera Daerah JPS Kinta/Batang Padang. Krew RTM tersebut seterusnya dibawa ke sekitar Sungai Kinta dengan menaiki bot. Pihak JPS turut menjelaskan antara usaha-usaha jabatan dalam memulihara Sungai Kinta serta meningkatkan kualitinya. Selain memasang sistem penilaian kualiti air, pihak JPS juga sering bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam menjayakan uasaha tersebit. Antara lain, pihak JPS bersama-sama pihak sekolah telah mengadakan kempen-kempen kesedaran sungai melalui program-program berkaitan seperti river ranger, kempen dan sebagainya.



JPS Negeri Perak kini turut berusaha mewujudkan Sungai Kinta sebagai anta destinasi rekreasi dan perlancongan di negeri ini. Projek Inflatable Rubber Dam yang telah siap dilaksanakan akan menjadi batu asas dalam mewujudkan 'riverfront' yang lebih menarik. Semua perancangan ini diharap akan menimbulkan kesedaran orang ramai dalam memeliahara sungai kita.

1 ulasan:

echa berkata...

hie
saya aisyah roselan dari Politeknik Ungku Omar Ipoh..
mcm mane sy nak contact pihak tuan untuk buat aktiviti tentang alam sekitar di dlm Poli..
kami berminat utk bekerjasama dgn pihak tuan

blh tlg bg tau mcm mane cara nya di
tembam31@yahoo.com

terima kasih