Program River Ranger-'Training of Trainers' telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Sungai Chepor, Perak. Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak serta pembentangan modul dari Global Environment Centre (GEC) iaitu Dr Kali yang sememangnya wakil GEC yang sering mengambil bahagian aktiviti River Ranger di Malaysia.
Pembentangan modul oleh Dr Kali dari GEC
Taklimat di lapangan Sungai Pari
Aktiviti persampelan di Sungai Pari
Aktiviti lapangan di kawasan tercemar dilakukan di Sungai Pari dan aktiviti lapangan di kawasan yang tidak tercemar dilakukan di Sungai Chepor bagi membandingkan keputusan ujian yang dilaksanakan seperti Ujian Oksigen Terlarut, Ujian Kekeruhan, Ujian Nitrat, Ujian Sulfat, pH dan Suhu. Kad lapaoran sungai diisi bagi melakukan pemerhatian fizikal serta aktiviti biologikal.
Kumpulan 1
Taklimat di Sungai Chepor
Persampelan di Sungai Chepor
Para peserta sedang menyiapkan data untuk persembahan kumpulan
Selepas aktiviti dilapangan, para peserta dikehendaki melakukan persembahan kumpulan bagi menyatakan hasil atau dapatan dari aktiviti tersebut. Dr Kali kemudiannya melakukan rumusan seterusnya ucapan penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perak Dato' Ir. Abdul Razak b. Dahalan. Majlis selesai pada jam 5.00 petang
Dato' Pengarah bersama Jurutera-Jurutera Daerah mendengar persembahan kumpulan pada majlis penutup