20 Okt 2008

Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Kinta



Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Kinta telah dilaksanakan pada 20 Oktober 2008 bertempat di Hotel Heritage, Ipoh. Seminar tersebut merupakan hasil kajian keatas Sungai Kinta meliputi kajian kualiti air sungai, kajian sadimen sungai, kajian hidrologi, mengenalpasti flora dan fauna disekitar Sungai Kinta serta punca-punca pencemarannya yang telah dilaksanakan melalui Ekspedisi Kajian Pemulihan Kualaiti Air Sungai Kinta pada 7 hingga 12 Jun 20o8. Hasil kajian telah dibentangkan oleh penyelidik-penyelidik yang terlibat dalam ekspedisi tersebut dari USM dan UPM bagi membantu pihak JPS, agensi-agensi kerajaaan, NGO serta masyarakat setempat memainkan peranan bersama memulihara Sungai Kinta. Peranan Agensi, NGO dan masyarakat setempat amat penting dalam membantu pihak JPS memelihara dan memulihara sungai khusus Sungai Kinta. Perbagai Projek telah dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kualiti air Sungai Kinta. Namun, sasaran ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan dan kesedaran bersama dari masyarakat setempat. Seramai kira-kira 100 orang peserta telah menghadiri seminar terdiri dari perbagai agensi kerajaan dan NGO. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Ir. Ong Swew Heng Pengarah Bahagian Sungai Dan Pantai JPS Malaysia.


Pendaftaran para peserta Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Kinta


Timbalan Pengarah JPS Perak Tn Hj Abdul Hamid b. Osman menyampaikan ucapan aluan mewakili Pengarah JPS Negeri Perak.

Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg Dato' Ir. Ong Swew Heng Pengarah Bahagian Sungai Dan Pantai JPS Malaysia mewakili Ketua Pengarah JPS Malaysia.

Para peserta Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Kinta



Salah seorang pembentang kertas kerja dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Kinta.



Tiada ulasan: