14 Apr 2011

S.M.K. TUN PERAK PADANG RENGAS, KUALA KANGSAR, PERAK.






Pada hari sabtu bertarikh 09 April 2011 S.M.K Tun Perak Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak telah mengadakan Program River Ranger anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan pada pelajar tentang pemeliharaan sungai dan alam sekitar.




Program ini melibatkan Ahli Kelab Alam Sekitar SMK Tun Perak yang disertai oleh 4 orang guru dan 35 orang murid dari tingkatan satu hingga tingkatan lima serta pegawai-pegawai dari JPS Daerah Kuala Kangsar dan JPS Negeri Perak. Sungai yang terlibat dengan ujian-ujian menentukan kualiti air adalah Sungai Ulu Kangsar, Padang Rengas yang terletak berdekatan dengan sekolah tersebut.




6 Mac 2011

RIVER RANGER SMK RAJA SHAHRIMAN, BERUAS.


RIVER RANGER SMK RAJA SHAHRIMAN, BERUAS.

Pada awal tahun ini SMK Raja Shahriman, Beruas telah menubuhkan kelab Alam Sekitar (River Ranger). Satu perjumpaan diantara Guru River Ranger SMK Raja Shahriman dengan Pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Manjung telah diadakan pada 31 Januari 2011 bagi membincangkan Program-program yang sesuai untuk dilaksanakan oleh kelab River Ranger berkenaan.


Lanjutan dari itu pada hari sabtu 5 Mac 2011 satu Program River Ranger telah dilaksanakan di Sungai Ulu Licin, Beruas. Dalam sesi tersebut yang melibatkan 22 orang pelajar dan 5 orang guru para peserta telah diberi peluang membuat ujian-ujian bagi menentukan kualiti air sungai menggunakan kaedah kimia dan juga kaedah biologi.





Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Sahabat Alam Malaysia


PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA


Program Kesedaran Alam Sekitar anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah diadakan pada 18.02.2011 bertempat di Tg. Uda River Resort, Kg Setiawan, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI), Tg. Malim. Program ini dikelolakan oleh JPS Daerah Manjung dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan pengisian ceramah yang berkaitan dengan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan sungai. Para peserta juga diberi penerangan tentang kaedah pemantauan kualiti air sungai secara biologi dan juga secara kimia.


12 Feb 2011

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi
Nama Lokasi : Sungai Kinta
Tarikh :12/02/2011
Masa : 8.00 pagi
Cuaca : Cerah ( Hujan turun dalam 24 jam yang lepas )


Pemerhatian Fizikal
Kategori 1 ( Penggunaan tanah ) Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan - 3 markah

Kategori 2 ( Sampah-sarap ) Satu atau dua sampah dibuang dan terdapat daun daripada tumbuhan sekitar terapung di atas air- 8 markah

Kategori 3 ( Paip dan Longkang ) Terdapat beberapa paip, longkang dan terusan -3 markah

Kategori 4 ( Struktur tambahan/Pengubahsuaian ) Tiada langsung struktur tambahan atau pengubahan tidak semujadi-8 markah

Kategori 5 ( Bau ) Bau yang sangat sedikit, mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi-8 markah

Kategori 6 ( Keadaan air ) Sedikit warna dan bahan terampai-5 markah

Kategori 7 ( Tumbuh - tumbuhan ) Sebahagian besarnya tumbuhan semulajadi, sedikit kawasan diterangkan, tumbuhan semulajadi sehingga jarak 30m dari tebing sungai. Tiada hakisan-9 markah

Kategori 8 ( Haiwan Bertulang Belakang ) Tiada langsung vertebrata yang dijumpai-0 markah

Kategori 9 ( Suara Air ) Pergerakan baik, kelajuan seakan berjalan laju, alunan air-8 markah


Pemerhatian Kimia
1. pH - 7
2. Phosphate - 1 ppm
3. Nitrate - 5 ppm
4. Turbidity - 40 STU
5. DO - 4 ppm
6. DO selapas 5 hari - 8 ppm
7. Temperature (up-stream) - 26
8. Temperature (down-stream) - 26
KEPUTUSAN KUALITI AIR SUNGAI KINTA = 52 (Kelas 3)