5 Jul 2010

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Persatuan Alam Sekitar Perak (PAS)

Para peserta bergambar diakhir program

Persatuan Alam Sekitar Perak (PAS) telah bersama-sama River Ranger Perak dari KPS Kinta/Batang Padang dalam menjayakan Program Kesedaran Alam Sekitar pada 19.06.2010 di Sg Kinta. Program yang diadakan bagi menimbulkan kesedaran dan keprihatinan terhadap Sungai Kinta ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah di Daerah Kinta.

Taklimat pengendalian program menggunakan kaedah biologi

Peserta turun ke dalam Sungai Kinta

Pengenalpastian invertebrata

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Kelab Rekreasi Ipoh Timur (KRIT)



Kelab Rekreasi Ipoh Timur (KRIT) bersama JPS Daerah Kinta/Batang Padang telah bersama-sama menganjurkan Program Kesedaran Alam Sekitar. Program yang dilaksanakan pada 12.06.2010 ini telah disertai seramai 100 orang peserta dari Kolej Kejururawatan Manjung dan Kolej Kejururawatan Ulu Kinta, Perak. Semoga program ini dapat membantu meninbulkan kesedaran dalam memelihara sumber air negara.

26 Jun 2010

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi

Nama Lokasi : Sungai Kinta
Tarikh :26/06/2010
Masa : 8.30 pagi
Cuaca : Cerah
( Hujan turun dalam 24 jam yang lepas )

Pemerhatian Fizikal

Kategori 1 ( Penggunaan tanah )
Digunakan untuk kegiatan komersil,rekreasi dan perumahan-5 markah

Kategori 2 ( Sampah-sarap )

Banyak sampah dibuang seperti plastik dan tin,atau banyak pertumbuhan alga-3 markah

Kategori 3 ( Paip dan Longkang )
Terdapat beberapa paip atau terusan -2 markah

Kategori 4 ( Struktur tambahan/Pengubahsuaian )
Terdapat beberapa struktur tambahan atau beberapa perubahan pengairan sungai seperti jambatan jalan kaki- 4 markah

Kategori 5 ( Bau )
Bau yang sangat sedikit,mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi- 8 markah

Kategori 6 ( Keadaan air )
Sedikit warna dan bahan terampai-6 markah

Kategori 7 ( Tumbuh - tumbuhan )
Campuran tumbuhan semulajadi, banyak kawasan diterangkan dan lapang - 6 markah

Kategori 8 ( Haiwan Bertulang Belakang )
Ikan-ikan kecil - 4 markah

Kategori 9 ( Suara Air )
Bertakung,tetap dan cetek-1 markah

Pemerhatian Kimia

1. pH - 7
2. Phosphate - 1 ppm
3. Nitrate - 5 ppm
4. Turbidity - 40 STU
5. DO - 4 ppm
6. DO selapas 5 hari - 0ppm
7. Temperature (up-stream) - 26
8. Temperature (down-stream) - 26

KEPUTUSAN KUALITI AIR SUNGAI KINTA = 39 (Kelas 3)

12 Mei 2010

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN DI
SUNGAI KINTA ,PERAK.
oleh
River Rangers SMJK Poi Lam, Ipoh

Keterangan Mengenai Lokasi

Nama Lokasi : Sungai Kinta
Tarikh :8/5/2010
Masa : 8.30 pagi
Cuaca : Cerah
( Hujan turun dalam 24 jam yang lepas )

Pemerhatian Fizikal


Kategori 1 ( Penggunaan tanah )

Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan - 4 markah

Kategori 2 ( Sampah-sarap )

Ada beberapa sampah dibuang seperti beg plastik - 6 markah

Kategori 3 ( Paip dan Longkang )

Terdapat beberapa paip, longkang dan terusan -3 markah

Kategori 4 ( Struktur tambahan/Pengubahsuaian )
Terdapat beberapa struktur tambahan atau beberapa perubahan pengairan sungai seperti jambatan jalan kaki- 4 markah

Kategori 5 ( Bau )

Bau bahan reput, atau sedikit bau bukan semulajadi - 7 markah

Kategori 6 ( Keadaan air )
Sedikit keruh dan/atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan minyak - 3 markah

Kategori 7 ( Tumbuh - tumbuhan )
Campuran tumbuhan semulajadi, banyak kawasan diterangkan dan lapang - 7 markah

Kategori 8 ( Haiwan Bertulang Belakang )

Ikan-ikan kecil - 4 markah

Kategori 9 ( Suara Air )

Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air -5 markah

Pemerhatian Kimia

1. pH - 7
2. Phosphate - 1 ppm
3. Nitrate - 5 ppm
4. Turbidity - 40 STU
5. DO - 4 ppm
6. DO selapas 5 hari - 8 ppm
7. Temperature (up-stream) - 26
8. Temperature (down-stream) - 26

KEPUTUSAN KUALITI AIR SUNGAI KINTA = 41 (Kelas 3)

19 Apr 2010

Mesyurat Program RR Perak


Mesyuarat Program River Ranger Perak telah diadakan pada 15 April 2010 bertempat di Hotel Hill City, Ipoh jam 2.30 petang. Mesyuarat dihadiri seramai 28 orang guru-guru dari semua sekolah yang terlibat di bawah Program River Ranger Perak. Pada mesyuarat tersebut, para pelajar dari SMJK (C) Poi Lam, Ipoh telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mengendalikan dan menjalankan program tersebut. Tahniah dan terima kasih buat RR Perak SMJK(C) Poi Lam.

Para pelajar dari SMJKC Poi Lam berkongsi pengalaman