PROGRAM PENDIDIKAN SUNGAI
KINTA ‘SMART RANGER AND RIVER RANGER’ BERSAMA GLOBAL ENVIRONMENT CENTRE (GEC) DI
PERPUSTAKAAN TUN RAZAK, IPOH, PERAK.
Global Environment Centre (GEC) telah menganjurkan satu Program
Pendidikan Sungai Kinta atas kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Perak (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Program ini telah dilaksanakan pada 14,
15 dan 21 Mac 2014 bertempat di Bangunan Perpustakaan Tun Razak Ipoh. Antara
sekolah yang terlibat adalah 13 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah
Menengah Kebangsan (SMK), 5 buah Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJK(C)) dan 4
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)). Ianya melibatkan 107 orang murid dan
33 orang guru sekolah kesemuanya.
Program ini merangkumi dua aktiviti iaitu Latihan Smart Ranger
di dalam dewan dan aktiviti River Ranger di kawasan Sungai Buntong dan Sungai
Kledang. Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah JPS
Negeri Perak iaitu Ir. Chong Ing Keong dan taklimat dari Dr. K. Kalithasan
sebagai penyelaras program yang dibantu oleh empat orang trainer dari GEC serta
pegawai-pegawai dari JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Kinta yang terlibat. Latihan
Smart Ranger ini bermula di dalam dewan Perpustakaan Tun Razak dari jam 8 pagi -
12 tengah hari. Ianya bermula dengan taklimat dan penerangan yang diberi oleh
Dr. K. Kalithasan dan latihan telah diberi oleh pembantu atau pengajar dari
GEC. Pada sebelah petangnya aktiviti di lapangan bermula pada jam 2 pm – 6 pm. Antara
ujian yang dilakukan adalah ujian fizikal, kimia dan biologikal yang dibantu
oleh pegawai-pegawai dari JPS.
Setiap sekolah telah ditetapkan tarikh untuk program
ini iaitu SJK(C) pada 14 Mac, SK dan SMK pada 15 Mac dan SJK (T) pada 21 Mac.
Semua aktiviti yang dilakukan pada 14, 15, dan 21 Mac adalah sama. Ujian
dilakukan di 3 tempat berasingan iaitu di bahagian hulu dan bahagian hilir Sg.
Buntong serta Sungai Kledang.
Objektif program adalah untuk mewujudkan
kesedaran sebelum membuang sampah ke dalam sungai atau di tempat pembuangan
sampah dan juga sebelum melakukan aktivit di tebing atau di dalam sungai. Ini adalah
kerana sampah yang dibuang atau aktiviti yang dilakukan bole menyebabkan
persekitaran sungai kotor dan air sungai tercemar.
Disamping itu juga dapat memberi kesedaran kepada
semua orang awam tentang pentingnya sungai dalam kehidupan seharian kita dan
juga dapat menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai. JPS
juga berharap aktiviti ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kebersihan dan
kesihatan semua sungai di negeri ini khususnya.