15 Jun 2011

Program Bioindicator SMK Dr. Burhanudin Helmi, Taiping.



Pada hari Selasa bertarikh 14 Jun 2011 S.M.K Dr. Burhanudin Helmi, Taiping, Perak telah menganjurkan Program Bioindicator bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan JPS Daerah Taiping dibawah Program River Ranger di Sungai Batu Tugoh, Taiping.

Program ini melibatkan pelajar Tingkatan Enam SMK Dr. Burhanudin Helmi, Taiping seramai 82 orang murid dan disertai oleh 8 orang guru pengiring serta pegawai-pegawai dari JPS. Hasil ujian oleh pelajar-pelajar dari 8 kumpulan mendapati air Sungai Batu Tugoh pada Gred B iaitu Bersih. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai.